Sahabat Ikon

Powered By Blogger

Tuesday, March 23, 2010

Sa’ad bin Abi Waqqash, Pemimpin Perang yang Tangguh
25 Juli 2009


Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, sementara manusia meninggalkan nama. Sehingga tampak keutamaan amal saleh semasa hidup seorang manusia...



Sa’ad bin Abi Waqqas adalah seorang pemuda keturunan Mekkah yang berasal dari keluarga yang terhormat. Ketika cahaya Islam memancar di kota Mekkah, Sa’ad sudah berusia belasan tahun. Ia terkenal sebagai anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Lagipula Sa’ad sangat mencintai ibunya. Tidak heran jika pada usia 17 tahun ia sudah memperlihatkan kecerdasan dan kejujurannya. Di usianya yang masih muda ia sudah pandai membuat busur panah dan berlatih perang-perangan. Yang lebih mengharukan adalah ia tak merasa puas dengan agama yang dianut penduduk Mekkah saat itu.

Perjalanan hidupnya cukup menggembirakan. Betapa tidak ketika Allah memberikan kabar bahwa Sa’ad adalah termasuk salah seorang dari keempat orang yang masuk islam pertama. Ini berarti ia termasuk orrang yang sangat beruntung di sisi Allah. Tetapi masuknya Sa’ad ke dalam Islam membuat banyak orang kafir marah, lantaran ia meninggalkan agama nenek moyangnya.

Tiga malam sebelum Sa’ad masuk islam, ia bermimpi seolah-olah tenggelam dalam kegelapan yang sangat mengerikan. Tetapi anehnya ketika ia masuk dan ia merasakan kegelapan yang amat sangat. Aku melihat sinar yang menerangi bumi Mekkah ini dengan terang sekali. Kemudian ia mengikuti sinar itu dan ia melihat ada 3 orang yang mendahuluinya. Mereka adalah Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakar Ash-Shiddiq.

Setelah beberapa saat berhenti ia melanjutkan ceritanya, saat ibuku mengetahui bahwa aku masuk Islam, Ibuku marah sekali. Ia memanggilku dan berkata : “Agama apa yang kamu anut itu, hai Sa’ad?”. Sa’ad menjawab dengan mantap : “Agama Islam wahai ibunda”. “Kenapa engkau meninggalkan agama bapak dan ibumu?” tanya ibunya dengan nada marah. Lalu ia melanjutkan kata”nya dengan nada mengancam : “Kalau engkau tidak kembali kepada agama ibumu lagi aku akan mogok makan sampai mati”.

Sa’ad berkata menenangkan, “Ibu engkau adalah dambaan hidupku. Jangalah ibu melakukan bunuh dirimu, karena perbuatan itu adalah dosa besar.” Namun ibunya tetap melakukan hal itu dengan harapan Sa’ad mau kembali lagi ke agamanya dan tidak meneruskan memeluk agama yang dibawa Nabi Muhammad.

Setelah sekian waktu, ketika Sa’ad menengok, ibunya masih melakukan aksi mogok makan, Sa’ad berkata dengan lembut, “Ibu sebaiknya tidak melakukan hal itu”. “Tidak, biar ibu mati saja, itu lebih baik”. Jawab ibunya. Kemudian Sa’ad melanjutkan kata”nya, “Sebenarnya anakmu mencintaimu wahai ibuku, tetapi anakmu lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya. Seandainya ibu mempunyai seribu nyawa pun, dan nyawa itu keluar dari jasad ibu satu persatu hingga habis, dan memaksa anakmu keluar lagi dari agama islam niscaya tidak akan aku lakukan”. Tegas Sa’ad. Ketika melihat bahwa Sa’ad bersungguh-sungguh, maka ibunya terpaksa mengalah. Begitulah keteguhan dan kesantunan Sa’ad dalam memeluk islam.


Kisah kali ini berkisar ketika Saad bin Abi Waqqas r.a menjadi gabenor di bumi Kufah, beliau dan para tentera muslimin sedang bersiap siaga untuk menggempur bumi Nahrawand pada tahun 20H.

Ketika itu, timbul sekelompok golongan dari penduduk Kufah yang mengadakan demostrasi(Dalam Kita bidayah Wan Nihayah, perkataan 'demonstrasi' digunakan) untuk memprotes Saad bin Abi Waqqas r.a. Mereka mendakwa bahawa Saad seorang yang solat tidak betul dan melapor-laporkan tindak tanduk Saad kepada Khalifah Amirul Mukminin ketika itu iaitu Umar ibn Al-Khattab r.a. Wakil yang dihantar ialah Al-Jirah bin Sinan dan penyokong-penyokongnya.

Tatkala berita itu disampaikan kepada Umar, beliau seakan-akan meragui kebenarannya namun tetap menghantarkan Muhammad bin Maslamah untuk memastikan berita yang sampai kepadanya tersebut. laporan Muhammad adalah bercanggah dengan aduan Al-jirah yang mengatakan penduduk Kufah memprotes Saad sebagai Gabenor mereka. Ternyata sebahagian besar dari Penduduk Kufah memuji Saad bin Abi Waqqas sebagai gabenor mereka. Mereka yang tidak senang dengan Saad itu hanyalah penyokong-penyokong Al-Jirah sahaja. Bila mereka ditanya tentang Saad, mereka hanya diam tanpa butir kata yang terbit dari mulut mereka.

Sehinggalah Muhammad bin Maslamah tiba di sebuah perkmapungan Bani 'Abs. Seorang lelaki bernama Abu Sa'adah Usamah bin Qatadah berbicara

" Jika engkau inginkan berita mengenai Saad, ketahuilah, Saad tidak pernah membahagikan dengan rata, tidak adil terhadap rakyatnya dan tidak pernah berperang bersama pasukannya"

Sa'ad yang mendapat tahu apa yang diucapkan oleh Abu Sa'adah tadi pun berdoa ke hadrat Allah

"Ya Allah, jika apa yang dikatakannya(Abu Sa'adah) adalah dusta, riya, dan kerana ingin dipuji, maka butakanlah matanya, banyakkan anaknya dan jatuhkan dia ke dalam fitnah dan jerat hawa nafsu yang menyesatkan"

Allah memperkenankan doa Saad. Tak lama kemudian, mata Abu Sa'adah menjadi buta, dia memiliki 10 orang anak perempuan, dan jika mendengar tentang wanita sahaja, dia akan berusaha untuk mendatangi wanita tersebut, dan menggodanya. jika dia tergelincir jatuh dia akan selalu berkata

"Aku terkena doa Sa'ad, Si lelaki yang penuh berkah"

Sa'ad juga mendoakan Al-Jirah dan sahabatnya yang juga telah memfitnah Sa'ad, maka seluruh mereka diserang penyakit di seluruh tubuh mereka dan mendapat bencana kehancuran pada harta mereka(tidak dicerita lebih lanjut dalam Bidayah Wan Nihayah bagaimana kisah mereka)

Apabila Sa'ad menemui Amirul mukminin, Umar al-Khattab, Amirul mukminin telah bertanya kepadanya tentang perihal solatnya, untuk memastikan kesahihan berita yang beliau terima. Sa'ad memberitahu Umar, bahwa Beliau memanjangkan dua rakaat yang awal dan memendekkan dua rakaat yang akhir, kemudian Sa'ad berkata

"Tidak sedikit pun aku berpaling dari tatacara solat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w"

Umar menjawab

" Begitulah prasangkaku terhadapmu wahai Abu Ishaq(gelaran bagi Sa'ad)"

Sa'ad menyambung bicara

" Aku adalah orang kelima yang memeluk Islam, Kami pernah makan daun kayu ketika tidak menemukan lagi makanan sehingga mulut kami luka-luka, aku juga orang yang pertama memanah di jalan Allah, dan Rasulullah pernah mengumpulkan nama kedua ibubapaku untukku padahal baginda tidak pernah sebelumnya melakukan sebegitu kepada seorang pun. tapi kini Bani Sa'ad menganggap diriku tidak pandai solat dengan betul,(dalam riwayat lain, mencurigai keislaman Sa'ad). Jika benarlah apa yang diperkatakan mereka, binasalah aku dan sia-sialah amalanku."

Kemudian Umar bertanya siapa yang beliau cadangkan untuk mengganti beliau, Sa'ad memilih Abdullah bin Abdullah bin Itban, salah seorang tokoh sahabat yang sudah berumur. Umar lalu membenarkan pelantikan Abdullah sebagai pengganti Sa'ad menjadi Gabenor di Kufah.

Selepas itu, Hampir sahaja Sa'ad menuntut orang yang memfitnahnya agar dikenakan hukuman berat, namun beliau tidak berbuat begitu, kerana khuatir tindakanya itu akan mempengaruhi orang lain, dan menyebabkan kelak, orang akan menjadi takut untuk melaporkan tingkah laku para pemimpin mereka.

Umar pernah berkata dalam wasiatnya yang Sa'ad termasuk dalam tokoh penting dalam mesyuarat memilih khalifah

" Jika Jabatan khalifah ternyata jatuh kepada Sa'ad, maka ia berhak untuk itu, tetapi jika tidak maka siapa sahaja yang menjadi khalifah hendaklah selalu meminta tunjuk ajar dan nasihat dari Sa'ad, sesungguhnya aku memecatnya bukan kerana dia tidak sanggup memikul amanah, apatah lagi, kerana dirinya berlaku khianat"

.....
....
...
..

Sahabat-sahabat pembaca, sejarah islam itu akan berulang seperti mana Sunnatullah itu akan berulang,

فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلًا وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلًا

sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunah Allah itu (35:43)

siapa sahaja yang memperjuangkan Islam sebagai satu Deen atau sistem hidup yang Haq, pasti akan menemui pelbagai fitnah dan mehnah di hadapannya oleh musuh-musuh Islam, bahkan dari muslim yang dengki terhadap pejuang Islam yang tulen dan kebangkitan Islam.

Namun, jika perjuangan Islam yang kita lalui itu, adalah laluan yang senang dan selesa, muhasabahlah kembali, apakah benar jalan yang kita pilih itu? atau sebenarnya ia hanyalah kaca dari timbunan kaca yang bersembunyi di dalamnya permata yang berharga.

Bagi mereka yang memusuhi agama Allah atau cuba-cuba memfitnah para pejuangnya,nantikanlah akibatnya!
Mungkin akibat itu tidak dizahirkan di dunia seperti apa yang berlaku kepada Abu Sa'adah dan Al-Jirah dalam kisah di atas. Namun, jangan lupa, hidup kita tidak sekadar di dunia. Akhirat nanti akan terzahir segalanya.

Janji Allah itu pastikan tiba!


Perang Al-Qadisiyyah (Kenali Sejarah Islam)

Pada tahun 636 M, Panglima Besar Sassanid, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera Parsi dengan kekuatan 120,000 bagi menyeberangi Sungai Furat ke al-Qadisiyyah di Hilla, Iraq untuk menumpaskan tentera Islam. Rostam beranggapan kemaraan tentera Islam sudah terlalu hampir dengan ibu kota kerajaan Parsi Sassanid. Untuk itu, dia mengatur langkah untuk mencegah kemaraan ini dengan mengetuai seluruh angkatan perang Parsi untuk berperang di bumi Qadisiyyah. Para sejarawan menganggap tindakan beliau ini merupakan sebuah kesilapan besar dari segi taktikal kerana berhadapan dengan tentera Arab Islam di bumi mereka bukanlah keputusan yang bijak.

Khalifah Umar Al-Khattab mengutuskan 30,000 tentera dibawah arahan Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas untuk menyerang tentera Parsi ini. Peperangan berlaku selama empat hari di mana pada awalnya tentera Islam berkuda tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah Parsi. Setelah dua hari diasak oleh tentera bergajah Parsi, Khalifah Umar mengarahkan Abu Ubaidah Al-Jarrah yang pada ketika itu berada di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine menghantar bantuan ketenteraan seramai 5,000 orang tentera pejalan kaki di bawah pimpinan Panglima Qa'qa ibn Amru. Qa'qa ibn Amru tiba pada malam pertempuran hari kedua. Ketika perbincangan dengan para panglima tentera, Qa'qa berpendapat tentera bergajah Parsi adalah ancaman utama bagi tentera Islam. Lalu, dia mencadangkan agar kuda-kuda dan unta-unta disolek dan dihias dengan hiasan yang menggerunkan. Taktik ini berjaya menakutkan gajah-gajah Parsi.

Pada hari ketiga, 1,000 orang tentera berkuda pimpinan Panglima Hisham ibn Utbah tiba. Di dalam tentera ini terdapat dua orang bangsa Parsi yang sudah memeluk Islam iaitu Dakhar dan Salam. Mereka mencadangkan belalai gajah perang milik kegunaan tentera Parsi hendaklah dipotong dan mata gajah tersebut hendaklah dibutakan bagi mengkucar-kacirkan tentera bergajah Parsi. Taktik ini berjaya. Pertempuran hari ketiga itu dikuasai oleh tentera Islam setelah tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu tentera bergajah dapat ditewaskan.

Pada hari terakhir pertempuran, Panglima Besar Sa'ad ibn Abi Waqqas menyusun barisan tenteranya. Berbanding Khalid yang gemar menggunakan sepenuhnya tentera berkuda, kumpulan bersayap dan serangan balas yang pantas, Sa'ad lebih gemar menggunakan kumpulan pemanah. Penyusunan barisan tentera berkuda di hadapan, dan tentera pejalan kaki dengan bantuan kumpulan pemanah memberi kelebihan kepada tentera Islam. Sesuai dengan kemahirannya dalam memanah, Sa'ad ibn Abi Waqqas menggunakan sepenuhnya kumpulan pemanah di hari terakhir pertempuran yang membawa kepada kejayaannya di Qadisiyyah. Dalam peperangan ini, Bahman Jadu dan Rostam Farrokhzad terkorban dan inilah bermula titik tolaknya kejatuhan Empayar Parsi Sassanid.


Perang Qadisiyyah
Sebahagian dari Penyebaran Islam di Parsi

Tarikh
636M

Tempat
Sempadan Kufah, Iraq

Hasil
Kemenangan tentera Islam, kemusnahan tentera elit Parsi Sassanid

Perubahan
wilayah Sebahagian wilayah Parsi dikuasai oleh tentera Islam

Pihak bersengketa
Empayar Sassanid Khulafa al-Rasyidin

Komander
Rostam Farrokhzad, Bahman Jadu Sa'ad ibn Abi Waqqas, Qa'qa ibn Amru, Hisham ibn Utbah

Kekuatan
Sekitar 120,000

Korban dan kehilangan
Sekitar 70,000

No comments:

Post a Comment